Showing posts with label la tahzan. Show all posts
Showing posts with label la tahzan. Show all posts

Tuesday, April 21

renungan

jangan bersedih;
kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun.
ketika anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya,
apakah kemudiannya anda akan lulus kerana kesedihan itu?
ketika orang yang anda sayang meninggal dunia dan anda bersedih,
apakah kemudiannya ia akan hidup kembali?
ketika perniagaan anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih,
apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan?

jangan bersedih;
kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah,
akan menciptakan pelbagai musibah lainnya.
ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami,
bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan kesusahan anda?
ketika anda bersedih kerana cercaan musuh - musuh anda,
pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambahkan semangat mereka untuk menyerang anda.
atau ,
ketika anda mencemaskan terjadinya sesuatu yang tidak anda sukai,
ia akan mudah terjadi kepada anda.

jangan bersedih;
kerana kesedihan anda itu akan membuatkan rumah yang luas,
isteri yang cantik,
harta yang melimpah,
kedudukan yang tinggi,
dan anak - anak yang cerdas,
semuanya tidak akan terasa manfaatnya sedikit pun.

jangan bersedih;
kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit,
dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu,
kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang,
dan kehidupan dunia terasa bagai di penjara.

jangan bersedih;
kerana anda masih memiliki dua mata,
dua telinga,
dua bibir,
dua tangan dan dua kaki,
lidah dan hati,
kedamaian,
keamanan dan kesihatan tubuh badan.

jangan bersedih;
kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya,
mempunyai rumah sebagai tempat tinggal,
roti untuk dimakan,
air untuk di minum,
pakaian untuk dipakai,
dan pasangan yang anda cintai.
mengapa anda harus bersedih?

Sunday, April 19

keSediHan bukAn kehArusaN


kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan seterusnya tidak berdaya.

kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani dan bukannya sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga kita harus menyerah kepadanya. kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi oleh syaitan. maka dari itu , syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.

kesedihan adalah merupakan sahabat akrab kecemasan. adapun perbezaan diantara keduanya adalah apabila sesuatu perkara yang tidak disukai hati itu dan ia belum terjadi, ia akan menimbulkan kecemasan. namun apabila sesuatu kejadian yang tidak diinginkan dan ia telah terjadi, maka ia akan menimbulkan kesedihan. manakala persamaannya pula ialah kedua - duanya boleh melemahkan semangat beraktiviti dan mematikan kehendak hati untuk berbuat sesuatu kebaikan.

kesedihan boleh mengotori kehidupan dan ia juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yang boleh mengakibatkan kelesuan, keluhan dan kebingungan. kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yang mengelapkan hati dan akan membuat seluruh keindahan menjadi layu. dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan pesimisme, penyesalan dan kebinasaan diri yang tiada tara.

meskipun demikian, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ianya pasti akan dilalui oleh seseorang. jadi pandai2 la mengawal kesedihan...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

love is the source of unity

love is the source of unity