ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta
apabila manusia gagal mencintai allah
maka cinta sejati tidak akan ditemuinya
kamu sebenarnya silap dan terperangkap apabila
persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina
bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta
cinta yang tulus ikhlas lahir daripada
sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang
bukan daripada kata-kata bermadah walaupun terlalu indah
orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta
adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri
cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran.
Hanya dengan keikhlasan dan kejujuran
cinta sejati dapat dibentuk
kamu sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai
sekiranya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan
kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab
"CINTA ITU BUTA"
tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta
kamu adalah insan yang kecewa sebelum waktunya
sekiranya kamu sering mengucapkan
"AKU CINTA PADAMU" dan "ADAKAH KAMU MENCINTAIKU"
cinta adalah anugerah tuhan,
mereka yang menerima dan mengalami
tidak pernah menyedari bahawa
dia telah jatuh cinta pada seseorang
sumber : dara.com