Monday, April 20

khas untuk sesiapa yang sedang menghadapi kesedihan..

sesiapa yang didalam kesedihan seperti diriku ini.....marilah sama - sama kita memanjatkan doa yang mujarab dan penuh ketulusan, yakni doa untuk menghilangkan kedukaan, kecemasan dan kesedihan :

tiada tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. tiada tuhan selain Allah, tuhan pemilik 'Arasy yang agung. tiada tuhan selain Allah, tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan tuhan pemilik 'Arasy yang mulia. wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada tuhan selain Engkau ;dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.

Ya Allah,
hanya rahmatMu yang kuharapkan,
maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku,
tiada tuhan selain Engkau.

aku memohon ampunan kepada Allah,
yang tiada tuhan selain Dia,
yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri;
dan aku bertaubat kepadaNya.

tiada tuhan selain Engkau,
Maha Suci Engkau.
sesungguhnya aku termasuk orang - orang yang telah berbuat zalim.

Ya Allah,
sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu.
Hidupku dan di tanganMu.
telah berlalu qadhaMu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku.
aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki,
yang Engkau cantumkan dalam kitabMu,
yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu (nabiMu),
atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu,
agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al - Qur'an sesuatu yang rimbun dalam hatiku,
cahaya dadaku,
penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan,
kelemahan dan kemalasan,
kekikiran dan sifat penakut,
dan dari bebanan hutang dan tekanan orang - orang (jahat).

2 comments:

CikLieYzaOnline said...

"Berdoalah kamu kepada-Ku,nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
Surah Ghafir:60

Allahu Rabbi La Syarikallah..
Terima kasih cik teha....

eyjaz said...

mekasih...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

love is the source of unity

love is the source of unity